Salam semua. Apa khabar? Ya, sudah genap setahun sejak entry terakhir saya dipaparkan. Blog ini telah pun berhabuk setebal beberapa inci. hahaha. Mungkin saya sibuk dengan projek2 terbaru sepanjang setahun yang lepas, mungkin saya bercuti ke kepulauan Sumatera di mana tiada sambungan internet yang dapat menghubungkan saya dengan pembaca2 sekalian, mungkin juga saya tidak beberapa sihat, mungkin saya tidak beberapa rajin. MUNGKIN.Baiklah, saya secara tiba2 rasa ingin berkongsi kisah2 teladan di Auckland ini. Kisah-kisah yang akan dipaparkan mungkin menggambarkan realiti sebenar kehidupan student secara khususnya di sini. Mungkin juga tidak. Sekali lagi MUNGKIN. Installment episode pertama ini dirakam secara tidak sengaja, suka-suka. Pada mulanya niat saya hanyalah untuk belajar aplikasi kesan khas dalam sesebuah movie jadi saya telah meminta seorang sahabat saya menjadi aktor dalam proses pembelajaran tersebut. Entah bagaimana niat yang asal tadi telah bertukar untuk menghasilkan sebuah karya pendek dan saya ingin berkongsi karya tersebut dengan pembaca-pembaca blog ini =>Oh ya, jika anda mempunyai apa-apa idea menarik yang boleh dikategorikan sebagai kisah-kisah teladan, sila komen di ruangan ini ataupun sampaikan melalui email atau berjumpa terus dengan saya. Tidak lupa, saya juga sedang merekrut pelakon-pelakon untuk menjayakan sebuah kisah pendek sempena Roadshow Palestine (maklumat lanjut layari www.beliacergas.com) pada bulan hadapan. Cerita tersebut pastinya sarat dengan elemen-elemen ’special effects’ ala-ala Hollywood, Bollywood, Malaywood juga tidak lupa Tiger Wood. Penggambaran dijangka bermula pada cuti spring akan datang and its gonna be fun =>
Sedikit sebanyak tentang episode satu kisah-kisah teladan ini, saya tidak mempunyai masa untuk menghasilkan effect yang begitu teliti (walaupun hanya untuk 1 saat tapi agak leceh) tapi pada pandangan saya sudah mencukupi untuk untuk sebuah kisah pendek ini. Saya belum mempunyai masa untuk meng-edit ‘behind-the-scene’ footage (sangat kelakar melihat ragam pelakon-pelakon) tapi once completed saya akan update entry ini.
Saksikan Kisah-kisah teladan, Episode 1 : Supir yang stress
My name is Syamim. Born in 1987 somewhere in Pahang, Malaysia. Currently studying at the University of Auckland, New Zealand in mechanical engineering.
Leave a reply