My Passions. My Thoughts. My Life
Alhamdulillah exam dah habis semalam. Walaupun dua paper terakhir agak x best sebab rasa xberapa boleh nak menjawab tapi bab kata orang Let the Bygone be Bygone. Sekurang-kurangnya boleh let go untuk 3 bulan sampai next year. Huaaa…next year dah final year dah. Cepat sungguh 4 tahun berlalu.
Sabtu ni saya dan rakan-rakan akan ke bercuti jalan-jalan cari makan di Australia selama dua minggu sebelum terbang pulang ke Malaysia. Plan melawat ke Sydney, Gold Coast dan juga Melbourne. Rasa x sabar nak masuk dalam poket kangarroooo, lompat oink oink. Kalau ada pesanan nak beli apa-apa dari Australia sila cakap cepat.hahaha. Jangan lupa transfer skali duet yer 

Oh last but not least video di bawah ditujukan kepada OD dan juga Nizam yg merupakan kipas-susah-mati (die-hard fan) High School Musical. Ha ha ha. ITS SUMMER TIME…selamat bercuti.
Ini cerita yang seriyes sikit. Sekarang ada ura-ura kerajaan Malaysia ingin mengadaptasi cukai GST (Goods and Services Tax) ke atas semua barangan bagi menggantikan cukai perkhidmatan 5%-10% yang dikenakan sekarang. GST seperti yang dicanang sudah lama dibuat di New Zealand pada kadar 12.5% + $50 (caj pengurusan) bagi barangan bernilai lebih daripada NZD400. Bayangkan jika anda membli barangan bernilai $400, cukai yang dikenakan adalah sebanyak $50+$50=$100, 25% daripada harga barang yang dibeli. Jadi marilah beramai-ramai katakan tidak pada GST di Malaysia. Ha ha ha.
Satu kisah teladan untuk direnung bersama terjadi lebih kurang sebulan yang lepas apabila saya menempah camera stabilizer dari Nottingham, UK melalui laman web mereka (www.b-hague.co.uk). Pada mulanya saya hanya ingin membeli satu unit saje tetapi diberi offer 10% jika membeli sepuluh unit dan harga combined shipping yang murah berbanding hanya membeli satu, maka saya terus sahaja menempah sepuluh. Mana nak campak yang 9 lagi tataw la. Ha ha ha. Sudah beberapa kali kecewa kerana selalu dikenakan tax yang mahal oleh government NZ, saya menghantar email kepada penjual tersebut untuk mengelak dari dikenakan cukai. Berikut adalah kandungan email yang dihantar dan reply yang diterima.
***************************************************************************
Hi Pam,
Thanks again for your kind reply. Could you please give me your account information (bank name, swift code etc). I’d like to check with my bank the telegraphic transfer charge to UK. I’d let you know once i figured the cheaper option.
I do have an additional request, is it possible for you to include cheaper invoice together with the goods sent? Since I’m buying this for my forum members I do hope I can keep the price as low as possible for them (by paying less to the customs). I always ask this favor whenever I buy things off eBay so I apologize should in any way the question offends you. Please let me know.
Thank you
Regards
####
—————————————————————
Hi ####
Please find bank details as requested.
Please make full payment, including all bank fees, into the account below and inform me once this has been completed. Once full payment is received I can process and dispatch your order.
(BANK DETAILS OMITTED)
Unfortunately, as a business of 150 years standing, we cannot break the law by issuing a fraudulent commercial invoice for customs.
Please ensure all bank fees are paid and inform us once transfer is complete.
Kind Regards,
Pam
***************************************************************************
Kan dah kena marah
Kesalahan pertama adalah nak tipu kastam. Walaupun saya faham ramai beranggapan tidak berbaloi untuk membayar cukai bagi barangan yang tidak seberapa nilainya bagi pembelian individu, justifikasi yang sama tidak logik bagi mereka yang meng-import bagi tujuan komersial atau jualan.
>>>Since I’m buying this for my forum members
Celah mane pula la saya ada forum kan kengkonon nak beli untuk forum members, ha ha ha. Ni adalah tipu yang kedua. Isk, rasa bersalah pulak bila pikir2 balik (sekarang dah insaf dah, minta maaf ye cik Pam).
Last-last still kena bayar gak GST lebey kurang $250+ uhuk2 memang aku x puas hati rasa nak bakar je office kastam tu redha je la kan.


Tujuan saya mendedahkan ini adalah sebagai pengajaran kepada semua agar jadi budak skema. kakakaka. Bayarlah cukai untuk kemajuan negara anda. poyo. Tapi seriyes, belajarlah mengenai cukai yang dikenakan. Saya ingat pernah membaca satu petikan berbunyi ‘Belajarlah tentang cukai bukan sebagai cara untuk tidak membayarnya, tetapi untuk mengelakkan dikenakan cukai yang tidak perlu (double taxing)’. Selamat membeli-belah.
END
p/s : Jangan korang guna idea tipu invoice lepas ni sudah la yer. Yang baik amek jadi teladan yang buruk buang jauh2 campak dalam longkang.
Memula ingat taknak menulis tym2 exam ni tapi rasa sangat bengang dengan seorang online seller ni sampai rasa nak kena menulis juga untuk meredakan sikit rasa bengang ni. Dua minggu lepas saya telah membuat tempahan online dari Canada, melalui FORUM. Sangat takut kerana ini kali pertama saya shopping melalui forum. Disebabkan penjual melalui forum ni selalunya adalah individu jadi risiko untuk ditipu sebenarnya agak tinggi. Lebih-lebih lagi jika penjual tersebut berada beribu-ribu batu jauh dari anda. Disebabkan barang yang saya cari tersebut tidak dijual di NZ dan hanya dijual di US dan UK dengan harga yang mahal jadi xjd nak beli yang baru. Itu la sebab beli yang ‘used’ je dari forum tu.
Yang jadi kes, setelah seller tersebut menghantar barang dengan shipping cost sebanyak USD35 tapi setelah lebih dua minggu barang xsmpai2. Tracking juga xda tunjuk progress. Punya risau bila bertanya, rupa-rupanya seller tersebut kata dia hantar pakai ‘GROUND SHIPPING’. Adussss…punya la bengang sebab biasanya ground shipping akan mengambil masa 4-6 minggu untuk sampai. Yang sakit hati bayar shipping dah mahal tapi anta pakai ground je. Hu hu….untuk siapa-siapa yang xtahu ground shipping adalah shipping pakai kapal instead of airplane. Paham-paham je lah kapal cam lembap sikit dia nak gerak 

Anyway, kalau sampai (which sangat2 berharap sampai la kan), saya akan share tip2 untuk shopping melalui forum. Ok tu je dulu setakat ini, nak sambung membaca untuk exam. hahaha. Kepada kawan2 yang amek exam baik di NZ ni atau kt Malaysia ke atau kat mana-mana je, selamat maju jaya.
Dah masuk week 12 which is final week untuk sem ni. Next week is study week and exam start 31hb. Rasa xsabar nak habeskan exam dan pulang ke Malaysia….wahhh…rindu2. Sebab bermula minggu ni sampai exam akan sangat2 bz mungkin xsempat menulis dalam blog ni sampai abes exam da so nak amek kesempatan ni untuk wish all the best untuk semua rakan2 di Auckland Uni yang akan amek exam sekali. Minta maaf banyak2 salah dan silap kalau ada dan doakan diri ini berjaye score juge.haha.kalu x kita sume kena bayar MARA balik banyak pule
Mungkin ramai rakan-rakan di NZ sudah tahu tapi saya agak pasti masih ramai juga yang belum aware esp junior-junior. Ini adalah 2 website yang offer “3 GREAT DEALS A DAY”. Boleh dapat barang murah dari barang-barang elektronik, baju, dan juga foooooodddds…. You heard me right…FOODS my friends. hehe. Saja je stress kan kat food tu sebab kadang-kadang saya tersenyum sorang-sorang bila pk yang budak2 kita kat sini kalau pasal food je agak sensitif. Kalau ada offer je mesti cepat je maklumat tu diorang tahu sampaikan Munchy Mart kat uni tu diorang dah gelar sebagai ‘food trendsetter’ sebab selalu ada offer of the week 
Hurraaahhh…finally…I will be shooting my video in High Definition. kehkehkeh…selamat tinggal Standard Definition…u r so two thousand seven. kehkeh (AMARAN : Jangan ucapkan kata-kata tersebut kepada pasangan anda, nanti ada pinggan mangkuk yang melayang).


Tapi……sebabkan laptop xleh handle HD lagi maka edited video masih dalam SD. hakhakhak
sape nak belakon angkat tangan….
Buku tulisan Dan Brown adalah antara buku-buku novel omputih yang pertama saya baca setelah di-promote oleh OD masa kat MRSM dulu. Xperlu saya ulas panjang novel popular beliau seperti ‘Da Vinci Code’ dan ‘Angels and Demons’ kerana saya rasa ramai yang tahu pasal buku-buku tulisan beliau. Kalau xtahu pun saya pasti ramai juga yang dah menonton filem adaptasi buku beliau di layar perak. Cukup saya katakan buku beliau sgt thrill dan hebat.
Kini lepas lebey 6 tahun, Dan Brown kembali dengan book-of-the-year, or so at least pada pendapat2 reviewer di internet. Di Auckland promo buku tersebut agak hebat juga dengan poster di merata tempat beberapa bulan sebelum pelancaran pada 15 September 2009. Kerana malas nak pergi kedai beli buku tu saya pon order melalui laman web www.doubleday.co.nz, sebuah laman web jual buku yang berpusat di Australia. Sebab terpengaruh ngan promosi saya telah pon pre-order sejak lebih sebulan yang lepas. Tiga buah buku telah saya tempah termasuk untuk dua orang member yang lain.
Pengalaman shopping di website ni agak xbest juga. Pada hari launching buku saya dimaklumkan stok yang ada pada mereka telah pon sold-out (di-allocatekan untuk org yang pre-order lg awal), jadi tempahan saya terpaksa ditangguhkan atau diorang panggil backorder. Hu hu hu. Tempahan baru sampai semalam, lebih 2 minggu dari tarikh launching.
Terkejut apabila membuka kotak dan hanya ada dua buah buku instead of tiga yang ditempah. Memula ingatkan ini merupakan salah satu misteri yang perlu diselesaikan. Adakah orang kat website ni main game sapa dapat solve misteri ni? atau encik posmen yang merupakan die-hard-fan encik Dan Brown telah kebas buku tu? Untuk mendapatkan kepastian, saya bertanya soalan2 yang biasa detektif Conan tanya kat suspek kepada customer service di website tersebut. Ini jawapan petugas yang menjawab.


******************************************************************************
Dear MR W WAN SUKRI,
Thank you for contacting Doubleday in relation to your Club Membership.
This is to confirm, after speaking with you on Live Chat earlier, that the missing copy of ‘The Lost Symbol’ has been reordered for you today.
I hope this information is helpful however if we can be of further assistance, please do not hesitate to contact us again.
Yours sincerely,
Bess
******************************************************************************
Walaupun isu boleh dikatakan selesai tapi nampak gaya lagi seminggu juga la satu buku lagi tu nak sampai. Hopefully kalau diorang bagi kupon diskaun ke apa xda la nak marah sangat. huhu. Selesai da misteri.
Anyway, sebagai customer baru mereka bagi free delivery dan satu tikar lipat yang sangat comel. Ha ha ha. Untuk baring2 kat taman baca buku agaknya. xpon boleh je buat jadi tikar terbang pergi Negeri Pasir Berdengung untuk lawan Menteri Fasola 


p/s : apedaaa orang putih ni…sepanjang duduk kat sini ayah saya pule yang diorang asek panggil. Dalam surat ke hape…mesti nameku x penoh 
Bertempat di sebuah rumah di Parnell pada petang sebentar tadi, sebuah Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan bagi menganjurkan majlis jamuan hari raya besar-besaran yang akan di-host-kan oleh pelajar-pelajar kejuruteraan tahun ke-3 University of Auckland. Ahli-ahli majlis tertinggi telah bermesyuarat sambil menikmati juadah kuih raya sebentar tadi memutuskan untuk menganjurkan rumah terbuka ini (dinamakan sebagai Rumah Terbuka Al-Qubro) pada 4 Oktober 2009 bersamaan 14 Syawal 1430H. Lokasi majlis akan dimaklumkan kemudian.
AHLI MAJLIS TERTINGGI
Pengerusi : Mohamad Rusydi
Setiausaha : Alifdalino
Bendahari : Syamim
Makanan : Afiqah
Wakil Mechi & Mecha : Fareed Luqman
Wakil EE : Fikhri
Wakil Chemmat : Alifdalino
Tugas-tugas Khas : Zhariq

Hari Raya Pertama di Auckland pada tahun ni cukup meriah. Ramai sungguh rakan-rakan mengadakan jamuan hari raya. Yang mana ada kelas tu memang kompom pontengnye hari ni. Semua 9 open houses yang telah dilawati pada hari raya pertama ni. Nak cukupkan 10 tapi dah xlarat dah nak makan
Penat dan letih tapi memang kenyang sampai rasa perut nak meletup. Ha ha ha. Berikut adalah siri jelajah rombongan hari raya ‘Cik Kiah’ pada tanggal 1 Syawal 1430H di bumi Auckland.
Kepada semua tuan rumah, terima kasih atas jemputan. InsyaAllah rumah terbuka Engineering akan menyusul kemudian
____________________________________________________________________
8.00am-8.30am : Solat Aidilfitri di surau AUT
____________________________________________________________________
10.30am-12.00am : Rumah Terbuka Belia Cergas Auckland (BeCA)
Host : BeCA
Menu : Lontong, lemang, satay, kuah kacang, nasi impit, rendang, kuih-muih, kek
____________________________________________________________________
12.30pm-1.30pm : Rumah Separa Terbuka Dino
Host : Dino, Erwan, Shidee
Menu : Lontong, nasi impit, kuih-muih
____________________________________________________________________
1.30pm-2.30pm : Rumah Terbuka Abg Halim & Abg Din
Host : Abg Halim, Abg Din
Menu : Nasi dagang,nasi impit, kuah kacang, rendang, kek, kuih-muih
____________________________________________________________________
3.00pm-4.30pm : Rumah Terbuka Ateen
Host : Ateen, Najwa, Lala, Naema, Syafieqah
Menu : Lontong, nasi impit, kuah kacang, rendang, beehun, fruit punch, air sirap nata de coco yg sedap 
____________________________________________________________________
4.30pm-5.30pm : Rumah Terbuka Amin
Host : Amin, Shafeeq, Iman, Poji, Danny
Menu : Satay, lontong, nasi impit, kuah kacang, kek, kuih-muih
____________________________________________________________________
6.00pm-7.00pm : Rumah Separa Terbuka Acap
Host : Acap, Hijrah, Shafeeq
Menu : Ayam panggang, rendang ayam lemak cili, dodol, nasi impit, kuah kacang, kek
____________________________________________________________________
7.00pm-7.30pm : Rumah Terbuka Kak Zaidah
Host : Kak Zaidah, Abg Rudy, Marini
Menu : Nasi impit, lontong, rendang, udang sambal, ayam bakar, kuih, kek best
____________________________________________________________________
8.00pm-8.30pm : Rumah Terbuka Meezan
Host : Meezan, Deris
Menu : Kuah kacang, nasi impit, rendang ayam, kek lapis, muffin
____________________________________________________________________
9.00pm-9.30pm : Rumah Terbuka Rye
Host : Raihana, Naema
Menu : Laksa johor, roti jala, maruku, kuih-muih
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk semua ummat Islam. Posting selama sebulan bermula hari ini lebih menjurus kepada raya la kan
Sebab utama adalah untuk tunjuk sikit kat saudara-saudara di Malaysia bahawa budak2 ovc ni xde la lonely sangat walaupun berada jauh di perantauan. Ok. Kenapa saya letak hari raya day 0, kerana ramai warga NZ beranggapan hari raya jatuh pada hari ini tetapi alhamdulillah kita semua berpeluang menjalani ibadat puasa extra 1 hari, kalau difikir dari sudut positif sebenarnya kita amat beruntung berbanding mereka yang berada di Malaysia. Betol x
Jadi jangan sedih2 ye.
Hari raya ke-kosong? errrr… dah pun ada rumah terbuka di Huia residential. Disebabkan mereka plan buat rumah terbuka hari ini dan telah pun masak sejak semalam jadi terpaksa buat jugak la hari ni walaupun raya sepatutnya esok. Jamuan bermula jam 7.30pm. Walaupun saya sampai agak lewat dan makanan pun dah banyak dah habis tapi tetap syok. Kemeriahan raya tu amat terasa. Sangat bagus untuk junior2 1st year menghilangkan kerinduan mereka 
Rumah Terbuka Huia…..
Here comes the ‘yuuummmmest’ part.
Sebab datang lewat makanan banyak dah habis eceli (sedey) tapi xpe yang penting dapat jumpa member2. Kepada semua warga Huia, terima kasih kerana menjemput dan layanan superb. Tahniah, Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.
p/s : Bonus….takbir raya di Huia 